Keputusan isytihar keluar Islam tepat - Mufti Perlis


Blog For Free!


Archives
Home
2008 May

My Links
harakahdaily
tranungkite
detikdaily
malaysiakini
agendadaily
malaysia-today
buletin online

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog


Pencarian

Takwim Hijrah

Apa pendapat anda tentang laman blog ini?
Menarik dan amat memuaskan
Kurang menarik dan perlu dipertingkatkan
Tidak menarik dan sangat memerlukan perubahan
Langsung tidak menarik
  
Free polls from Pollhost.com
CURRENT MOON
TX DUI

Keputusan isytihar keluar Islam tepat - Mufti Perlis
05.10.08 (3:59 pm)   [edit]

KUALA LUMPUR: Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyatakan keputusan yang diambil Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang membenarkan permohonan Siti Fatimah Tan Abdullah untuk mendapatkan pengisytiharan keluar daripada agama Islam adalah tepat.

Beliau berkata begitu berikutan tiada peruntukan hukum murtad dalam konteks Malaysia (penguatkuasaan menyeluruh), tetapi pada masa sama menegaskan keadaan itu tidak menggalakkan murtad oleh mana-mana pihak.

“Saya puji tindakan peguam Ahmad Jailani Abd Ghani dan Hakim Syarie Perlis, Othman Ibrahim kerana berani mengendalikan kes sebegini yang pertama kali seumpamanya di Malaysia.

“Akidah Fatimah atau nama sebenarnya Tan Ean Huang, 39, yang tidak mengamalkan ajaran Islam sejak awal lagi sudah murtad, walaupun sebelum mendapat pengiktirafan mahkamah,” katanya, ketika dihubungi, di sini, semalam.

Kelmarin, Hakim Othman memerintahkan supaya Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) membatalkan sijil pendaftaran memeluk Islam wanita itu dan memutuskan plaintif bukan lagi seorang Islam menurut Seksyen 61(3)b(x) Enakmen Aturcara Mal Mahkamah Syariah Pulau Pinang 2004.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi juga dilaporkan berkata, rakyat perlu menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang yang membenarkan permohonan Fatimah mengisytiharkan dirinya bukan seorang Islam selepas tidak mengamalkan ajarannya sejak memeluk Islam pada 1999.

sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturd ay/Nasional/2008051011254 6/Article" title="http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturd ay/Nasional/2008051011254 6/Article" target="_blank"http://www.bharian.com.my/Cur...

0 Comments
 
Your Name:


Your Comment:


Kami amat mengalu-alukan sebarang artikel, berita, komen atau pendapat dari pembaca yang dihormati. Kiriman berserta nama dan tarikh boleh dihantar kepada kepada tintaislam@yahoo.com. Setiap sokongan daripada anda kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Video Pilihan:

Makhluk-makhluk aneh ciptaan Allah

Budak 5 tahun yang ajaib

Allah is the greatest

Saksikan kebesaran Allah

Free chat widget @ ShoutMix