UMNO yang sedang nazak, menunggu untuk dikubur dan ditalkinkan


Blog For Free!


Archives
Home
2008 May

My Links
harakahdaily
tranungkite
detikdaily
malaysiakini
agendadaily
malaysia-today
buletin online

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog



Apa pendapat anda tentang laman blog ini?
Menarik dan amat memuaskan
Kurang menarik dan perlu dipertingkatkan
Tidak menarik dan sangat memerlukan perubahan
Langsung tidak menarik
  
Free polls from Pollhost.com
CURRENT MOON
TX DUI

UMNO yang sedang nazak, menunggu untuk dikubur dan ditalkinkan
05.07.08 (6:22 pm)   [edit]

UMNO tidak lagi mungkin untuk bangkit semula. Teringat hamba kepada cerita-cerita dahulu kala tentang seekor gajah yang begitu angkuh dengan kekuatannya akhirnya tumbang gara-gara semut-semut kecil yang masuk melalui lubang telinganya. Begitulah UMNO dan sekutunya yang bukan sahaja patah tangan dan kaki malah lumpuh dikerjakan pada pilihanraya yang lalu. Kekalahan yang membuatkan pemimpin-pemimpin utama UMNO gila meroyan! Mereka bukannya berusaha untuk memperbaiki kelemahan sendiri bagi memulihkan kepercayaan rakyat kepada mereka sebaliknya sibuk mencari ruang untuk menghentam kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat (PR). Bermula dengan langkah DAP memboikot upacara angkat sumpah Dato' Seri Ir. Mohd Nizar sebagai Menteri Besar Perak, lalu gegak gempitalah seluruh negara digegerkan dengan peristiwa ini. Hampir seminggu media-media utama negara (UMNO) memainkan isu ini kononnya Lim Kit Siang adalah penderhaka kepada Raja Melayu. Apa yang tersiratnya, UMNO ingin menggunakan senjata utama mereka iaitu api perkauman dengan harapan orang melayu akan bangun menentang DAP. Bagaimanapun isu itu reda dengan permohonan ampun Lim Kit Siang daripada DYMM Sultan Perak. Hamba memuji tindakan Lim Kit Siang itu setidak-tidaknya beliau masih menghormati institusi Raja. 

Belumpun padam isu Lim Kit Siang dan Istana Perak, UMNO Pulau Pinang pula cuba berlagak sebagai pembela melayu apabila berjaya mengumpulkan sekitar 2000 orang pencacai-pencacai mereka dihadapan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang membantah kenyataan Ketua Menteri, Sdr. Lim Guan Eng yang bercadang untuk memansuhkan DEB. Keras sekali slogan-slogan yang mereka gunakan seolah-olah cuba untuk mencetuskan sekali lagi tragedi 13 Mei. Jahat sungguh juak-juak UMNO ini! sanggup memporakperandakan perpaduan kaum-kaum diMalaysia demi survival politik mereka. Hamba melihat dari segi isi kandungannya, sememangnya DEB itu baik untuk mengimbangi kekuatan ekonomi antara kaum diMalaysia terutamanya kepada orang Melayu tetapi yang mendukacitakan adalah pelaksanaannya yang pincang itu telah menjerumuskan orang Melayu sebagai bangsa yang tidak berdaya saing dalam konteks ekonomi. Hamba mengambil contoh yang terdekat dengan hamba iaitu dalam sektor pembinaan, terlalu banyak kepincangannya. Kontrak-kontrak pembinaan infrastruktur diseluruh negara boleh dikatakan hampir kesemuanya diberikan kepada Kontraktor Melayu namun pada masa yang sama juga kontraktor-kontraktor Melayu ini menjualkannya secara total kepada kontraktor bukan melayu. Sistem 'Ali Baba' ini telah diterima pakai oleh UMNO sejak 50 tahun yang lalu, mengkayakan segelintir kroni-kroni rapat dalam masa yang begitu singkat tanpa perlu bersusah payah memerah otak untuk menguruskan projek yang bernilai jutaan ringgit. Bagaimana dengan budaya ini hendak meletakkan Melayu dikalangan bangsa yang berdaya saing? Lihat bagaimana komuniti Cina berjaya diseluruh pelusuk dunia, sehinggakan Nabi kita Muhammad s.a.w menggesa umat Islam supaya menuntut ilmu walau ke Negeri Cina. Apa rasionalnya Nabi bersabda sebegitu? kenapa tidak ke Amerika atau Eropah? Sama-sama kita renungkan.

Berbalik kepada persoalan mengapa UMNO begitu gemar mencetuskan sentimen perkauman? Sebahagiannya adalah kerana mereka percaya inilah jalan mudah bagi mereka untuk mendapatkan kembali sokongan daripada orang Melayu. Malas untuk menyakitkan kepala memikirkan jalan lain untuk mendapatkan sokongan. Bagaimana orang Melayu ingin maju kedepan mengatasi kaum-kaum lain sekiranya sayang untuk menggunakan nikmat akal yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia. UMNO yang mengajar orang Melayu jadi begitu, suka sekiranya tidak ramai orang melayu yang cerdik dan suka sekiranya orang Melayu jahil tentang Islam kerana bimbang dikalangan yang cerdik dan alim inilah yang akan mengancam periuk nasi mereka. Inilah pemikiran pemimpin-pemimpin UMNO!  

0 Comments
 
Your Name:


Your Comment:


Kami amat mengalu-alukan sebarang artikel, berita, komen atau pendapat dari pembaca yang dihormati. Kiriman berserta nama dan tarikh boleh dihantar kepada kepada tintaislam@yahoo.com. Setiap sokongan daripada anda kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Video Pilihan:

Makhluk-makhluk aneh ciptaan Allah

Budak 5 tahun yang ajaib

Allah is the greatest

Saksikan kebesaran Allah

Free chat widget @ ShoutMix